Kelas Ms. Office Word & Website (WhatsApp Web)

19 September 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dihadiri 2 orang pelajar cikgu Kemas berumur 46 tahun dan 48 tahun. Kelas ini bermula pada jam 0900AM dan tamat pada pukul 1200PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak.

Kelas ini memberi pendedahan tentang cara menaip dengan betul, cara membuat jadual, bagaimana mengisi data dalam jadual serta cara menyimpan data di Desktop.

Kelas ini bertujuan menguji kemahiran menaip pelajar disamping meningkatkan kemahiran penggunaan Ms. Word. Selain itu kelas ini juga memberi pendedahan pada pelajar cara memuat turun lampiran di whatsapp web.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali